Terma & Syarat

1. Sebelum anda menggunakan sebarang produk pemakanan tambahan sila dapatkan dahulu nasihat daripada doktor/ pakar pemakanan anda.

2. Jika terdapat kehabisan stok dan anda telah membuat pembayaran, wang anda akan dikembalikan setelah dimaklumkan kepada pihak kami.

3. Pembeli bersetuju untuk membayar semua kos yang dikenakan melalui pembelian.perkhidmatan di Vitamin Terbaik Untuk Keluarga dalam waktu jadual pembayaran yang ditetapkan.

4. Pembeli bersetuju menanggung caj transaksi yang dikenakan seperti caj bank dan caj kad credit.

5.Kami boleh memperbaiki kesalahan atau maklumat yang kurang tepat atau menukar dan mengemaskinikan maklumat termasuk harga dan stok barang pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu.

6. Pembeli bertanggungjawab memberikan semua maklumat yang diperlukan oleh pihak kami untuk proses penghantaran barangan.

7. Semua harga dalam Vitamin Terbaik Untuk Keluarga  adalah dalam Ringgit Malaysia (RM).

8. Kami akan menggunakan Pos Malaysia untuk penghantaran barang dan peraturan Pos Malaysia hendaklah diguna pakai.

9. Kami tidak akan bertanggungjawab atas pelbagai faktor kelewatan barangan dan kerosakan barangan yang dihantar kepada pembeli kami.

10. Kami tidak akan bertanggungjawab keatas kelewatan atau kerosakan akibat daripada penggunaan kaedah pembayaran yang salah.

11. Kami tidak akan berkompromi dengan produk yang telah tamat tempoh.  Produk yang telah tamat tempoh hendaklah dipulangkan kepada kami.

12. Tidak akan ada penukaran barangan atau pengembalian wang yang diberikan kepada pembeli jika pembeli berubah fikiran tentang pembelian produk atau pembeli menolak caj-caj tambahan yang wajib dikenakan.

13. Segala diskaun atau free gift yang ditawarkan adalah atas budi bicara kami.














No comments:

Post a Comment