Saturday 7 December 2013

Doa untuk Anakku.. Syurgaku..


Alhamdulillah... dipagi sabtu ini saya bercerita sedikit tentang doa dari Ibu dan Ayah untuk zuriat tercinta. Ada beberapa teknik berkesan melalui doa untuk membentuk akhlak dan peribadi anak-anak. Semoga info ini  dapat memberi manfaat kepada anda semua dan saya juga sebagai seorang ibu untuk zuriat saya dunia akhirat.  Sebagaimana tingginya kasih sayang sayang kami kepada anak tercinta begitulah tinggi juga harapan kami sebagai Mama dan Papa untuk membentuk peribadi anak supaya menjadi anak yang solehah dan berbudi pekerti mulia. 

Antara doa yang boleh diamalkan :
  1. Amalkan membaca 'Ya Latif ' sebanyak 7x dan hembuskan dikepala anak sewaktu anak sedang atau hendak tidur.
  2. Baca zikir 'Ya Latif ' sebanyak 129x untuk membantu mereka mudah belajar dan diikuti ayat 19 surah as-Syura yang bermaksud : " Allah itu lemah lembut kepada hamba-hambaNya.  Ia mengurniakan kepada siapa yang dikehendaki.  Padahal Dialah Yang Kuat, Yang Gagah." (sebaik-baiknya dibaca selepas subuh iaitu dibaca pada air untuk minuman dan masakan seisi keluarga)
  3. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dengan zikir dan bacakan doa Surah al-Imran ayat 200 yang bermaksud : " Hai orang-orang yang berima! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kemu mendapat kejayaan."
  4. Banyakkan zikir Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Latif dan Ya Rahman berulang-ulang kali. Kesemua ini adalah doa pelembut hati.
  5. Amalkan membaca Surah Toha ayat 1-8, surah al-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam aktiviti lain seperti menemani anak mengulangkaji pelajaran atau ketika sedang anak membaca al-Quran.
  6. Bagi ibu-ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik elok amalkan surah al-Imran ayat 38 iaitu doa nabi Zakaia a.s yang bermaksud : " Wahai Tuhanku, Berikan kepadaku dari pihakMu keturunan yang baik, kerana sesungguhnya Engkaulah pendengar doa."
  7. Kita digalakkan menyentuh ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan kita kepada anak.
  8. Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari surah al-Furqan ayat 74yang bermaksud : " Tuhan kami, amugerahkanlah kami isteri-isteri dan keturunan kami yang menyenangkan hati, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertakwa." dan surah Ibrahim ayat 40 yang bermaksud : " Wahai Tuhanku, kabulkanlah doa kami."
  9. Sebaik-baik memohon doa adalah pada waktu tengah malam. Seringlah sentiasa bangunsepertiga malam untuk mendirikan solat sunat dan mendoakan kesejahteraan keluarga.

Jadikanlah doa antara teknik berkesan membentuk peribadi anak-anak.  Semoga ia sentiasa menjadi peringatan kepada saya setiap masa.

No comments:

Post a Comment